18 Jun 2013
17 Jun 2013
Bukittinggi -Padang Part3
LASTDAY IN BUKITTINGGI DAN PADANG
Flight
balik kami ialah pada jam 2.25 ptg.Walaupun dah chek in awal..tetapi
kami perlu smapai awl ke airport untuk urusan bagasi.mana
tidaknya..kalau waktu datang semua hanya bw beg taravel tanpa lugage
tapi waktu nak balik semua beranak pinak..sampai ada yang dah jd 3 beg.
Seawal jam 8.oopagi selepas srapan nasi Goreng di hotel, kami
meninggalkan Bukittinggi.Sesi bergambar di depan hotel bermula untuk
kenangan..
Dalam
perjalanan kami diberitahu, oleh kerana masih awal..beberapa tempat
lagi boleh kami singgah . Kami bersetuju asalkan sampai di Airport jam
12.00tgh.ini kerana kami tidak mahu tergesa- gesa dan mengelakkan apa-
apa kecemasan yang berlaku.pak henry memberi jaminan.dan kami akan
singgah untuk makan tengahari juga.
Hentian
Pertama kami ialah kat Kedai Bika Talago ini atau disebut juga "Roti
Neraka" .Makanan tradisional masyarakat Minang..macam kuih Bika..tepung
yang dicampur dengan kelapa muda, lepastu dibakar. apa yang
hebatnya..semua pekerja adalah anak muda lelaki, berbeza dengan suasana
di tempat kita.kalau membuat kuih biasanya oleh perempuan yang biasa
macam makcik - makcik.
Kuih Roti Neraka |
Proses pembakaran Roti Neraka |
Hentian Kedua ialah kekawasan yang mengusahakan tenunandan sulaman..kami dibawa ke Toko Pandai Sikek
Proses Menenun |
Kami
tidak berhenti lama disini..hanya gua sorang yang berminat nak
masuk...makcik dan pakcik yang lain hanya menunggu di luar...inilah klau
jalan -jalan dengan gua,,org lain taknak pun tp gua mmg berminat untuk
segala bentuk tempat yang bersejarah..banyak maklumat yang boleh kita
baca dan lihat didalam ini...jalan ngan orang muda skit...so mmg semua
tmpat kena lenjan..alang- alang dah sampai. Mereka yang lain dah dapat
hajat iaitu memborong kain sulam..tu sbab dah tak ghairah nak masuk
sangat..
Perjalanan
diteruskan lagi...kali ini kami singgah kat Air Terjun Lembah Anai..ini
tempat memang terkenal..kata orang kalau kita basuh muka nnti awek
muda...betul ke..tapi gua cuba gak basuh muka..tapi tgk muka sama
je..hahaha..mmg dh berusia...
Persinggahan
terekahir kami ialah Tempat makan...Masakan padang lagi..walaupun tak
berapa kena dgn selera..tetapi kami makan ala- kadar alas perut..
Alhamdulillah sesi Keberangkatan pulang kami ke Malaysia berjalan lancar walaupun berlaku beberapa adegan yang tidak sepatutnya.Hampir 4.30 ptg Pesawat selamat mendarat di LCCT...Tggu ye bumi Minang..tanahmu pasti ku jejaki lagi..
Bukitinggi - Padang Part 2
HARI KEDUA
Awal
pagi dah bangun sebab smlam tido nyenyak sangat jam 5pg lebih dah
sedar.tggu azan untuk solat subuh.Klau ikut perancangan semalam jam9.30
pak Henry datang..xtvt kami hari ini ialah tukar duit dulu sblum ke
Tasik Maninjau. Panorama, Lubang Japang, Pasar Aur Kuning, Jam Gadang
dan Pasar Atas..
Oleh
kerana pagi masih awal gua dan kaklong sepakat nak rayau - rayau kat
kwsn brdektan dulu..lihat suasana pagi Di Bumi Sumatera Barat.Kat Hotel
Imran ni ada anjung di atas hotel..gigih gua panjat tangga ke tingkat 4
untuk lihat pemandangan ini..tp usaha kami tak sia- sia..memang memukau
mata...
Perjalanan
ke Tasik Maninjau amat mencabar..kami melalui lereng bukit, dengan
jalan yang sempit dan banyak kelok (selekoh) kami hanya berhenti di
hentian Kelok 43 untuk bergambar dan tidak turun sampai bawah.dalam
perjalanan tu ada beberapa hentian yang Pak henry berhenti bagi memberi
peluang kami mengambil gambar serta membeli barangan.Ada satu kecil
yang menjual barangan kulit.
Dalam
perjalanan pulang kami berhenti kat Ngarai Sianok dan Lupang
Jepang.Tapi semua membuat keputusan malas nak masuk sebab kepala masing
pusing penangan kelok 44.Kami minta dhantar ke Pasar Atas untuk
menyambung aktiviti shopping.
kesian plak nengoknya..ngah tggu kami yang masih gigih memilih jubah |
Pasar Atas...Dekat jam Gadang |
Dalam Pasar Atas..masing - masing rambang mata...boleh
bankrup kalau lama- lama..tergoda dengan barangan yang dijual..semua
ada terutama baju sulam,telekung serta jubah..harga pun berpatutan.Setelah berpuashati kami terus merayau kat sekeliling.
Ada yang request nak mkn Bakso..teringat pesan kwn dalam Ramayana Mall tu ada kedai yang jual bakso..so kami terus menapak mencari Kedai Bakso
Ramayana Mall..satu2 pasaraya besar di Bukittinggi |
Bakso + bihun = yummy |
Alhamdulillah..hajat
dah tercapai..bleh tahan rasa menu yang kami order...siap ada yang
tambar order iaitu air padang tembak special..
Dah namanya pompuan..pantang singgah kedai memang shopping kerjanya..ada yang beli beg..ada yang beli sarung hanphone..
Selepas
itu kami terus menapak balik menuju ke Hotel..Sebelum meninggalkan kami
di Pasar Atas Pak Henry telah berpesan untuk makan malam jam 8.00mlm
nnti dia akan menjemput kami...
Malamnya kami di Bawa Makan Di Restoren Kubang Hayuda.Menu spesial di sini ialah Murtabak Mesir
Murtabak ini macam yang biasa kita makan cuma agak berminyak..makan sorang pun tak habis..kuahnya tak sama..tapi blehlah nak kenyang perut tu...
Bukittinggi - Padang Part1
PERCUTIAN KE PADANG - BUKITTINGGI
( 21FEB - 23 FEB 2013)
Trip
Percutian kali ini disertai oleh 6 org yang kebanyakan otai- otai pasal
bab jenjalan,,gua je yang baru berjinak nak kenal dunia.Trip ini memang
adhoc..sebab dah lama diorang tak makan angin so ada yang minta gua
plan cuti yang jauh skit.since kebanyakan jenis suka shopping dan mmg
suka melaram..so gua cadangkan..kita g bukittinggi sebab kat sana
popular ngan kain sulam.Memang suka dangat lah deme -deme ning terutama
k.jan ngan k.dah
Tiket
Fligth A.Asia trus gua kami beli .harga mahal skit sbb bukan time
promo..seorang RM 261 termasuk lugage 15kg.Sebab apa mahal..bagi gua
spanjang gua travel sendiri ni tiket fligth tak pernah lebih dua
ratus...apakan daya sebab dah gian sangat nak berjalan ..pasrah jelah.
Untuk semua urusan termasuk hotel dan transport..diorang semua serah
gua handle..nasib baik byk blog yang memberi tip serta berkongsi
pengalaman tentang Padang dan Bukittinggi ni..so xdelah susah
sangat...untuk pak supir gua booking Pak Gusmal kamal..sebab ramai yang
rekomenkan..setelah 2 minggu mnunggu maka pada 21hb feb iaitu hari
khamis tepat jam 2.00ptg kami Tiba di Aiport Minangkabau(Padang)
Barang
diingatkan pemeriksaan imegresen kat sini amat leceh dan lambat.hanya 2
kaunter dibuka..klau ramai hampir sejam lebih beratur.selain itu juga
sewaktu pemeriksaan.Tiket booking flight dan hotel mesti
ditunjukkan..siap muka dan tapak tangan kena scan.bagasi kita pun kena
scan jugak....Alhamdulilah group kami semua lepas.
Ketibaan
kami telah di sambut oleh pak Henry..pekerja pak kamal...Pengangkutan
yang disediakan ialah sebuah van yang mampu memuat 10orang..agak
selesa.Kami terus dibawa menuju ke Bukittinggi..difahamkan perjalanan
mengambil masa lebih 2jam.tambahan pula ketibaan kami disambut dengan
hujan renyai -renyai...hujan rahmat kata orang..
Gua
minta pak Henry berhenti kedai makan sebab masing2 masing belum makan
tengahari walaupun jam 3 lebih. Hentian pertama kami ialah Rumah makan
Lamun Ombak..masakan minang dihidangkan..penuh meja..rambang mata
maklumlah perut ngah lapar..tp ingat pesan kawan2 jgn ambik semua kena
pilih mana yang betul2 nak makan. walaupun dah mmg beringat tu pun mmg
kami kena ketuk sbb makan tuk 6 org hari pertama kami dah kena
RP209,000...maklumlah org malaysia kan kaya- raya..inilah masanya nak
ambil kesempatan...
Setelah kenyang,perjalanan diteruskan...Bukittinggi destinasi
dituju..Apa yang gua perhatikan..jalanraya disini agak sempit dan
merbahaya kerana banyak selekoh dan berbukit bukau.sepanjang jalan hon
sentiasa berbunyi..memang sudah caranya..hampir setengah jam perjalanan
kami melalui kawasan air terjun iaitu Lembah Anai..sepatutnya berhenti
tetapi sebab hujan kami membuat keptusan supaya perjalanan diteruskan.
Sepanjang jalan juga kami dihidang dengan panorama hijau mata memandang.
Akhirnya pak henry berhenti kat Putri Minang..kami berhenti tuk solat
dan ke tandas.selapas tu semua tak sabar - sabar shopping bila tengok
banyak baju sulam dan telekung...dalam duk beringat..ni baru kedai
pertama. Gua shopping gak 3 helai blous yang harga lebih kurang
RP110,000 satu...bukan apa.sbb dtg mmg x bw baju kena bali tuk pakai
malam dan sok hari..Hentian kedua pula di Toko Lindungan Bulan..kat sini
telekung dan baju sulammya lebih murah....
inilah hotel Imran..penginapan kami selama 3H2M di Bukitttinggi... |
Hotel
ini kami minta pak kamal yang uruskan.so pakej dia teramsuk ngan
transport.malas nak pening.Pg bawa diri dan duit shopping je...bilik
luas tapi kemudahan kurang memuaskan...
setelah check in janji ngan Henry jam 8.00mlm datang utk bawa kami pegi makan sambil beli pulsa(simkad)
menu kami..malam di Bukittingu..sedap..tapi kedai warung biasa je |
Tempat makan ni takdelah jauh sangat..kalau duduk hotel Grand Malindo tak sampai 5 minit jalan kaki. Berhampiran hospital Bukittingg..
Langgan:
Catatan (Atom)