08 Jun 2015

MABUL YANG TAKKAN PERNAH JEMU (25-27 APRIL 2014)

Kunjungan ke Tawau dan Mabul kali ini adalah bersama bonda tersayang..ini adalah untuk menziarahi adik bongsu yang tinggal di Semporna kerana mengikut suaminya yang bekerja di semporna.
Tiket flight yang dibeli sekitar RM158 pegi balik amatlah murah..namun kebangkatan kami adalah melalui aiport Senai iaitu di Johor Bharu.Oleh kerana waktu berangkat adalah jam 10.40 pg maka kami telah menaiki bas pada malam sebelumnya dari bandar kuala Terengganu.

Sekitar jam 1.00 ptg kami selamat mendarat di aiport Tawau.ketibaan kami telah disambut oleh adik dan suaminya.Perjalanan dari  Tawau ke Semporna mengambil masa sekitar 2jam.singgah di pertengahan jalan untuk solat.Sesampai di pekan Semporna kami terus mencari kedai untuk makan tengahari..

Kebetulan di semporna sedang berlansungnya Pesta Lepa- Lepa..atau bot berhias.Jalan di sekitar semporna agak sibuk dan dipenuhi masyrakat luar serta pelancong asing

signboard yang meyambut kedatangan kami

Hari pertama di semporna kami hanya berehat dan melihat kawasan sekitar sahaja..oleh kerana cuaca yang agak panas.ibu dan ceksu telah diserang demam...so berehat kat rumah jelah

Namun kakak angkat ku dari Lahad Datu serta adiknya Noraisya telah datang utk berjumpa di semporna.Mereka memandu kereta sendiri dengan menumpuhi perjalanan hampir 3jam.
Pertemuan ini kami manfaatkan dengan mengambil keputusan untuk pergi ke pulau Mabul.Pakej masuk pulau secara ad- hac dicari...nasiblah ada wlaupu sewaktu pesta lepa - lepa berlansung..

Inilah Pesta Lepa - Lepa yang berlansung setiap tahun di Semporna


Hasrat kami untuk masuk ke pulau Mabul petang itu berjaya.kami menempah pakej dengan 
Sipadan Dive Centre.Kos yang dikenakan RM220 pax utk penginapan bilik truple..bot pegi dan balik..snorkling serta 3 kali mkn iaitu..mkn mlm,pagi dan tengahri...

Kami bergerak dari jetty semporna sekitar jam5.30 ptg... smpai di Pulau Mabul..hari dah malam..mereka yang pegi diving dah snorkling pun dah pulang utk mkan malam


saat ketibaan di Pulau Mabul...dah nak malam..matahari pun dah berlabuh


Dihidangkan dengan welcome drink.smbil mengisi borang utk aktiviti snorkling hari esok

kusyuk Aisya mengisi biodata dirinya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan