10 November 2013

P.PERHENTIAN 2013

TARIKH 6-7 SEPTEMBER 2013

Bercuti lg..gara- gara otak dan srabut..banyak mende nak fikir
kena cari ubat..seblum senak...Obatnya mudah je...Bercuti
Oleh kerana ad hoc..trip ni wa pegi sensorang gak
semua last mini..xde plan proper sangat..redah je..

pagi jumaat (6/9/2013)
gerak awal dari rumah..jnji dengan azhar kul 10.pg di jetty
sampai dlm 9.30 trus cr parking...dgn bayaran rm5 sehari.so dua hari bayar rm10
sampai jetty trus bli tiket jabatan laut rm5





 oleh kerana trip ni hanya pegi sorang..gua hanya pegi 2 hari satu malam.
gua tido di yelow homestay dekat perhentian kecil..






sempat pd petang.gua ikut trip snorkling.memang cantik coral kat peulau perhantian ni..satu babak yg tak dapat gua lupa bila dapat berenang dengan penyu..ikan pun banyak serta jinak.





02 September 2013

CUTI KEMERDEKAAN PART 3 (FINAL)

Hari ketiga juga hari terakhir di Pulau Pinang..selepas bersarapan pagi..trus check -out

Sebelum meneruskan perjalanan pulang..misi menerjah Penang Art street diteruskan

Kebetulan hari cuti..kemerdekaan..ramai sngat pelancong..tapi demi merealissikan hasrat

bertabah jua...tak lama pun explore..ckup untuk melihat sendiri keunikan..dinding yang penuh mural










Sekitar jam 11.00 pagi kami bergerak  balik menuju terengganu

Selamat tinggal Pulau balik Pulau..walaupun ramai yang suka datang kat sini kerana katanya banyak makanan yang best2.namun bagi saya yang tidak mengemari makanan mamak ini..makanan di penang tidak sesuai dengan selera..tempat ini pasti ku jejaki lagi..insyaallah



CUTI KEMERDEKAAN PART 2

Misi hari kedua di Penang di teruskan..

Tempat pertama yang dituju ialah Lorong kulit..atau pasar menjual barang kulit
kat sini tak banyak ambik gambar sbb suasana dia mcm pasar pagi atau pasar
mlam yang jual berbagai jenis
barangan termasuk barang antik..



 Tempat jualan ini terletak di hadapan Stadium Negeri pulau Pinang..


Misi seterusnya diteruskan...untuk mejejak rumah P.Ramlee yang juga tidak jauh dari Pasar Lorong Kulit..

Biasa klau datang ke Pulau Pinang tidak pernah berpeluang untuk pergi rumah P.Ramlee..so  kali ini datang memang nak cari juga sampai jumpa..


tadaaa..jupe je...tak jauh rupanya..namanya jalannya  pun jalan P.Ramlee











perjalanan diteruskan...cadangnya  untuk ke Padang Kota Lama dan Fort Conwallis..
Sebab hari kedua adalah masa untuk menjejak banyak tempat.setiap masa yang berlalu kami manfaatkan
Walaupun banyak tempat menarik yang terdapat di Pulau Pinang..kami memutuskan hanya untuk jalan- jalan di Geoge Town shaja







dah puas roun - round kat Padang Kota Lama..kami jalan- jalan kat Bandar
kami naik ferri ke butterworh








 

Sempatlah shopping di Prangi Mall..singgah juga kat Pasar Chowrasta tuk bli jeruk




CUTI KEMERDEKAAAN DI GEORGE TOWN PART 1

CUTI - CUTI DI PENANG PART1 (30/8-1/9/2013)

Sempena cuti hari kemerdekaan.gua mengajak kawan untuk jalan - jalan ke Pulau Pinang..

Gerak dari setiu jam 10.00pg..alhamdulillah jam 5.00ptg kami selamat sampai ke  Geoge Town




trip terjah je..kadang - kadang membimbang kan juga..risau hotel semua dah full.kami hanya survey hotel area bandar supaya senang untuk kemana - mana destiansi menarik. Oleh kerana trip ni adalah yang ke 2 untuk tahun ni..so xdelah plan sgt  nak explore..cuma ada beberapa list yang tertinggal dulu harus dilengkapkan utk misi kaliini.

Pencarian Hotel berakhir apabila terdapat satu kekosongan Di Heliconia Hotel..hotel baru yang sangat menarik..bercirikan Boutique..








kadar bilik yang kami pilih berharga rm 110..berbaloilah dengan suasana dan keadaan bilik..simple tapi menarik.Dari bilik kami menginap..dpat dilihat Menara Komtar tersergam indah..

Pamandangan di waktu senja Komtar dari Bilik Hotel

Pemandangan awal pagi Komtar


19 Ogos 2013

BOHEY DULANG DPAT KU JEJAKI PART2

BETUL KATA ORANG..
semua orang bermimpi..
namun tidak semua mimpi jd kenyataan
namun bagiku
dengan mimpi aku berlari untuk merealisasikan
agar mimpiku ..mimpi
bukan hanya mimpi di siang hari



hari ini...sabtu 6 july 2013 seawal pgi aku bangun
janjinya jam 8.30 pagi mesti berada di jetti

semua persiapan telah dibuat...rancangannya..dari pagi - petang..hanya di aktiviti di Pulau
untuk itu..bekalan makanan dan pakaian yang secukupnya hari stanby..
difahamkan untuk melihat kecantikan alam di Bohey dulang perlu mendaki bukit yang tggi
nasib pakai kasut...

lihatlah trip merealisasikan MIMPI ini



Pulau Maiga







Perjalanan dari jetti semporna trus menuju ke Pulau Maiga..iaitu sebuah perkampungan masyarakat Bajau Laut yang menjadi slah satu suku yang mendiami pulau2 di sabah..Niatnya ingin merakam gambar dengan lebih jelas..terserempak ramai yang datang untuk merakam keindahan dan keunikan perkampungan masyarakat bajau ini.terdapat juga kem askar yang menjadi tempat kawalan tentera di sini....




Pemandangan Di PuLau Maiga yang tidak menghampakan



Inilah antara rumah masyarakat Bajau laut disini..masih daif





Ini pula ialah Pulau Sibuan..juga merupakan perkampungan masyarakat bajau laut..kebnyakan rumah didirikan dalam air..


Besar bot yang wa sewa..boleh memuatkan 12 orang tetapi haritu hanya wa sorang..rasa mcm boss...













Jetti Pulau Bohey Dulang..sunyi..hanya kami...

 setelah penat mendaki hampir  sejam  sampai juga ke Puncak Bohey Dulang yang berada lebih 600m dari aras laut.

Sepanjang perjlanan ditemani guide iatu staf atau renjer hutan.Oleh kerana pulau ini adalah Taman Laut yang terkawal.Setiap yang datang haruslah memohon permit..biasanya agen atau pakej yang uruskan..wa beransib baik  sebab stelah telefon semalam..abdulan iaitu pemandu bot yang wa tempah telah uruskan ..kalau tak kempunanle misi nak menjelajah Pulau yang memukau pandangan.

Oleh kerana dah lama tak bersukan..semput juga mendaki..ada jugalah 2-3 kali minta diorang berhenti sebab tak ckup stamina menyebb nafas sesak dan penat..tapi alhamdulillah akhirnya wa mampu juga sampai puncak..

Subhanalllah ..terlalu indah..hanya mata yang melihat mmpu menveritakan keindahan pemandangan dari atas pulau ini..seakan sukar percaya..lautan yang meghijau ini terletak dibumi negeri dibawah bayu..

Setelah puas mmpotretkan pmndangan  dan berenti rehat seketika..kami bergerak turun..terasa lebih cepat dan mudah..singgah sebentar pusat pembiakan Kima yang terdapat di sini...

Bekalan nasi yang dibawa menjadi penggalas perut...janji dengan pemandu bot...singgah di sini lama skit sebab nak snorkling puas2.kbtulan tak ramai yang datang so boleh berenang sesuka hati..Bertuah juga datang sensorang ni sebab menjadi perhatian..nak snorkling pun ada yang jagakan..siap bawa wa ketempat karang dan  coral yang cantik..smpat wa ambik video...mencuba chasing kamera baru..tidak menghampakan..

Setelah penat mandi dan snorkling di Bohey Dulang..jam 4 ptg wa ajak abdulan pulang ke semporna..perjalanan mengambil masa hampir sejam..prjalanan pulang ini diringi dengan hujan..bot xboleh laju sebab.