18 Jun 2013

SEPI MENANTI ILHAM





Sekian lama menyepi..tergerak untuk menyambung kembali blog ini..

kekadang mood yang ada tidak mengizinkan.Dugaan dan ujian silih berganti

namun harus senantiasa positifkn dr..selagi bernyawa..hdup mesti dtruskan

Insyaallah jalannya sentiasa ada.....


Nantikan Catatan  percutian ke Pulau Tioman bersma Geng Female Backpacker (FBC)



17 Jun 2013

Bukittinggi -Padang Part3



LASTDAY IN BUKITTINGGI DAN PADANG

Flight balik kami ialah pada jam 2.25 ptg.Walaupun dah chek in awal..tetapi kami perlu smapai awl ke airport untuk urusan bagasi.mana tidaknya..kalau waktu datang semua hanya bw beg taravel tanpa lugage tapi waktu nak balik semua beranak pinak..sampai ada yang dah jd 3 beg.


Seawal jam 8.oopagi selepas srapan nasi Goreng di hotel, kami meninggalkan Bukittinggi.Sesi bergambar di depan hotel bermula untuk kenangan..



Dalam perjalanan kami diberitahu, oleh kerana masih awal..beberapa tempat lagi boleh kami singgah . Kami bersetuju asalkan sampai di Airport jam 12.00tgh.ini kerana kami tidak mahu tergesa- gesa dan mengelakkan apa- apa kecemasan yang berlaku.pak henry memberi jaminan.dan kami akan singgah untuk makan tengahari juga.

Hentian Pertama kami ialah kat Kedai Bika Talago ini atau disebut juga "Roti Neraka" .Makanan tradisional masyarakat Minang..macam kuih Bika..tepung yang dicampur dengan kelapa muda, lepastu dibakar. apa yang hebatnya..semua pekerja adalah anak muda lelaki, berbeza dengan suasana di tempat kita.kalau membuat kuih biasanya oleh perempuan yang biasa macam makcik - makcik.



Kuih Roti Neraka


Proses pembakaran Roti Neraka


Hentian Kedua ialah kekawasan yang mengusahakan tenunandan sulaman..kami dibawa ke Toko Pandai Sikek




Proses Menenun







Perjalanan diteruskan ke Padangpanjang untuk mengunjungi Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau.














Kami tidak berhenti lama disini..hanya gua sorang yang berminat nak masuk...makcik dan pakcik yang lain hanya menunggu di luar...inilah klau jalan -jalan dengan gua,,org lain taknak pun tp gua mmg berminat untuk segala bentuk tempat yang bersejarah..banyak maklumat yang boleh kita baca dan lihat didalam ini...jalan ngan orang muda skit...so mmg semua tmpat kena lenjan..alang- alang dah sampai. Mereka yang lain dah dapat hajat iaitu memborong kain sulam..tu sbab dah tak ghairah nak masuk sangat..



Perjalanan diteruskan lagi...kali ini kami singgah kat Air Terjun Lembah Anai..ini tempat memang terkenal..kata orang kalau kita basuh muka nnti awek muda...betul ke..tapi gua cuba gak basuh muka..tapi tgk muka sama je..hahaha..mmg dh berusia...







Persinggahan terekahir kami ialah Tempat makan...Masakan padang lagi..walaupun tak berapa kena dgn selera..tetapi kami makan ala- kadar  alas perut..

Alhamdulillah sesi Keberangkatan pulang kami ke Malaysia berjalan lancar walaupun berlaku beberapa adegan yang tidak sepatutnya.Hampir 4.30 ptg Pesawat selamat mendarat di LCCT...Tggu ye bumi Minang..tanahmu pasti ku jejaki lagi..

Bukitinggi - Padang Part 2


HARI KEDUA



Awal pagi dah bangun sebab smlam tido nyenyak sangat jam 5pg lebih dah sedar.tggu azan untuk solat subuh.Klau ikut perancangan semalam jam9.30 pak Henry datang..xtvt kami hari ini ialah tukar duit dulu sblum ke Tasik Maninjau. Panorama, Lubang Japang, Pasar Aur Kuning, Jam Gadang dan Pasar Atas..

Oleh kerana pagi masih awal gua dan kaklong sepakat nak rayau - rayau kat kwsn brdektan dulu..lihat suasana pagi Di Bumi Sumatera Barat.Kat Hotel Imran ni ada anjung di atas hotel..gigih gua panjat tangga ke tingkat 4 untuk lihat pemandangan ini..tp usaha  kami tak sia- sia..memang memukau mata...








 Perjalanan ke Tasik Maninjau amat mencabar..kami melalui lereng bukit, dengan jalan yang sempit dan banyak kelok (selekoh) kami hanya berhenti di hentian Kelok 43 untuk bergambar dan tidak turun sampai bawah.dalam perjalanan tu ada beberapa hentian yang Pak henry berhenti bagi memberi peluang kami mengambil gambar serta membeli barangan.Ada satu  kecil yang menjual barangan kulit.

Dalam perjalanan pulang kami berhenti kat Ngarai Sianok dan Lupang Jepang.Tapi semua membuat keputusan malas nak masuk sebab kepala masing pusing penangan kelok 44.Kami minta dhantar ke Pasar Atas untuk menyambung aktiviti shopping.


kesian plak nengoknya..ngah tggu kami yang masih gigih memilih jubah


Pasar Atas...Dekat jam Gadang
Dalam Pasar Atas..masing - masing rambang mata...boleh bankrup kalau lama- lama..tergoda dengan barangan yang dijual..semua ada terutama baju sulam,telekung serta jubah..harga pun berpatutan.Setelah berpuashati kami terus merayau kat sekeliling.


Ada yang request nak mkn Bakso..teringat pesan kwn dalam Ramayana Mall tu ada kedai yang jual bakso..so kami terus menapak mencari Kedai Bakso 





Ramayana Mall..satu2 pasaraya besar di Bukittinggi
Bakso + bihun = yummy





Alhamdulillah..hajat dah tercapai..bleh tahan rasa menu yang kami order...siap ada yang tambar order iaitu air padang tembak special..

Dah namanya pompuan..pantang singgah kedai memang shopping kerjanya..ada yang beli beg..ada yang beli sarung hanphone..

Selepas itu kami terus menapak balik menuju ke Hotel..Sebelum meninggalkan kami di Pasar Atas Pak Henry telah berpesan untuk makan malam jam 8.00mlm nnti dia akan menjemput kami...


Malamnya kami di Bawa Makan Di Restoren Kubang Hayuda.Menu spesial di sini ialah Murtabak Mesir
Murtabak ini macam yang biasa kita makan cuma agak berminyak..makan sorang pun tak habis..kuahnya tak sama..tapi blehlah nak kenyang perut tu...







Bukittinggi - Padang Part1


PERCUTIAN KE PADANG - BUKITTINGGI
 ( 21FEB - 23 FEB 2013)

Trip Percutian kali ini disertai oleh 6 org yang kebanyakan otai- otai pasal bab jenjalan,,gua je yang baru berjinak nak kenal dunia.Trip ini memang adhoc..sebab dah lama diorang tak makan angin so ada yang minta gua plan cuti yang jauh skit.since kebanyakan jenis suka shopping dan mmg suka melaram..so gua cadangkan..kita g bukittinggi sebab kat sana popular ngan kain sulam.Memang suka dangat lah deme -deme ning terutama k.jan ngan k.dah

Tiket Fligth A.Asia trus gua kami beli .harga mahal skit sbb bukan time promo..seorang RM 261 termasuk lugage 15kg.Sebab apa mahal..bagi gua spanjang gua travel sendiri ni tiket fligth tak pernah lebih dua ratus...apakan daya sebab dah gian sangat nak berjalan ..pasrah jelah.

Untuk semua urusan termasuk hotel dan transport..diorang semua serah gua handle..nasib baik byk blog yang memberi tip serta berkongsi pengalaman tentang Padang dan Bukittinggi ni..so xdelah susah sangat...untuk pak supir gua booking Pak Gusmal kamal..sebab ramai yang rekomenkan..setelah 2 minggu mnunggu maka pada 21hb feb iaitu hari khamis tepat jam 2.00ptg kami Tiba di Aiport Minangkabau(Padang)






Barang diingatkan pemeriksaan imegresen kat sini amat leceh dan lambat.hanya 2 kaunter dibuka..klau ramai hampir sejam lebih beratur.selain itu juga sewaktu pemeriksaan.Tiket booking flight dan hotel mesti ditunjukkan..siap muka dan tapak tangan kena scan.bagasi kita pun kena scan jugak....Alhamdulilah group kami semua lepas.




Ketibaan kami telah di sambut oleh pak Henry..pekerja pak kamal...Pengangkutan yang disediakan ialah sebuah van yang mampu memuat 10orang..agak selesa.Kami terus dibawa menuju ke Bukittinggi..difahamkan perjalanan mengambil masa lebih 2jam.tambahan pula ketibaan kami disambut dengan hujan renyai -renyai...hujan rahmat kata orang..

Gua minta pak Henry berhenti kedai makan sebab masing2 masing belum makan tengahari walaupun jam 3 lebih. Hentian pertama kami ialah Rumah makan Lamun Ombak..masakan minang dihidangkan..penuh meja..rambang mata maklumlah perut ngah lapar..tp ingat pesan kawan2 jgn ambik semua kena pilih mana yang betul2 nak makan. walaupun dah mmg beringat tu pun mmg kami kena ketuk sbb makan tuk 6 org hari pertama kami dah kena RP209,000...maklumlah org malaysia kan kaya- raya..inilah masanya nak ambil kesempatan...









Setelah kenyang,perjalanan diteruskan...Bukittinggi destinasi dituju..Apa yang gua perhatikan..jalanraya disini agak sempit dan merbahaya kerana banyak selekoh dan berbukit bukau.sepanjang jalan hon sentiasa berbunyi..memang sudah caranya..hampir setengah jam perjalanan kami melalui kawasan air terjun iaitu Lembah Anai..sepatutnya berhenti tetapi sebab hujan kami membuat keptusan supaya perjalanan diteruskan. Sepanjang jalan juga kami dihidang dengan panorama hijau mata memandang. Akhirnya pak henry berhenti kat Putri Minang..kami berhenti tuk solat dan ke tandas.selapas tu semua tak sabar - sabar shopping bila tengok banyak baju sulam dan telekung...dalam duk beringat..ni baru kedai pertama. Gua shopping gak 3 helai blous yang harga lebih kurang RP110,000 satu...bukan apa.sbb dtg mmg x bw baju kena bali tuk pakai malam dan sok hari..Hentian kedua pula di Toko Lindungan Bulan..kat sini telekung dan baju sulammya lebih murah....











inilah hotel Imran..penginapan kami selama  3H2M di Bukitttinggi...
Hotel ini kami minta pak kamal yang uruskan.so pakej dia teramsuk ngan transport.malas nak pening.Pg bawa diri dan duit shopping je...bilik luas tapi kemudahan kurang memuaskan...

setelah check in janji ngan Henry jam 8.00mlm datang utk bawa kami pegi makan sambil beli pulsa(simkad)
menu kami..malam di Bukittingu..sedap..tapi kedai warung biasa je



Tempat makan ni takdelah jauh sangat..kalau duduk hotel Grand Malindo tak sampai 5 minit jalan kaki. Berhampiran hospital Bukittingg..