11 Jun 2015

KU KESEORANGAN DI KOTA JOGJA






HARI PERTAMA-13 FEBRUARI 2015

Tanggal 13-15 Februari 2015..aku memulaka perjalanan solo...menjelajah dengan hajat untuk 
merasai keenakan nasi Gudeg.
Penerbangan KL - Yogja pada jam 9.40 pg mengmbil masa hampir 2jam setengah untuk sampai ke Adisucipto International Airport.
Penerbangan  pulang pula pada pukul 11.45 pg. Tiket dan hotel di beli dengan Asiago hanya beharga RM172.78

Untuk perjalanan di Kota Yogja ini saya banyak menjadikan blog http://scdhaseinphoto.blogspot.com/ sebagai sumber rujukan





























Tiba di aiport..terus mencari pintu keluar untuk menaiki bas trans Jogja..tidak susah untuk pergi ke halte atau tmpt menunggu bas ni..keluar dari aiport..jlan terus dan belok kiri hinggalah jumpa signboard ni.sebenarnya menggunakan angkutan umum ini lebih menjimatkan jika kita travel seorang diri.bayaran yang di kenakan adalah sekitar rp3600







    aku memilih menggunakan raoute 2A yang akan tggu di hentian Malioboro


dari halte malioboro aku menapak mencari hostel EDU yang telah dibooking..penginapan ini dipilih ekoran rating yang tinggi dari pelawat ..tidak susah sebenarnya kalau kita telah membuat persediaan..tidak lama selepas berjalan kaki..hotel ini kelihatan di depan


ini dorm yang saya duduk di hotel EDU

persekitaran hotal yang bersih dan ceria

Ruang makan yang terletak di atas..open air gitu..view yang mengasyikkan
Setelah chek in hotel..aku keluar untuk mencari makan tengahari..menu pertama ialah nasi padang..kedai makan ini berhampiran dengan hotel..pada hari pertama sampai..tidak banyak aktiviti yang aku lakukakn..hanya keluar jalan2 dengan menaiki becak..bayaran sekitar rp10 ribu..tidak susah untuk mendapatkan becak kerana memang mereka menunggu di hadapan hotel..
Tempat persinggahan utama di jalan Maliaboro ini ialah Kedai Mirota..gedung menjual barang- barang tradisional..disini kita boleh melihat proses mencanting batik di lakukan..
aku hanya merembat FM 4 keping..selain itu..selipar batik juga menarik perhatian untuk dibeli..harganya tidaklah mahal hanya sekitar rp 40 ribu..

selain pusing di kawasan kedai sekitarnya ..aku singgah untuk membeli seluar tido..seluar yang dibuat dari kain batik ini amat cantik dan selesa..harga yang ditawar sekitar rp40..setelah puas merayau.aku membuat keptusan untuk balik berehat ..becak yang menhantarku masih setia menunggu..

sebelum itu aku bertanyakan pihak hotel utk mencari supir untuk aktiviti ke Borobudur esoknya..pakej yang disediakan agak terlebih dari budget..lalu aku bertanya pak Rudi supir becak..sama ada dia mempunyai motosikal..aku berhajat ingin meminta pak Rudi untuk semua aktiviti keesekonya..Pak Rudi bersetuju ..hasil rundingan pakej ke Candi Borobudur..taman sari.dan kawasan sekitar dengan bayaran rp200..



hari pertama berlalu dengan aman dan sukses.







08 Jun 2015

TIBA MASANYA KAMI PULANG

Setelah 3 hari berada di Semporna..tiba masanya untuk kami pulang..emak berat hati untuk meninggalkan anak bongsunya..
apatah lagi saat itu ceksu demam..mungkin cuaca juga alahan..

hari terakhir ini kami luangkan masa di drogan inn dan pasar. semporna mencari ole- ole untuk dibawa pulang




mak dan anak bongsunya..dalam keramaian pesta lepa- lepa

bersama kak nora melihat pameran rumah dan budaya bajau

Bersama mak ..ronda - ronda di Dragon Inn         










maka berangkatlah kami..untuk pulang ke kampung halaman...meskipun begitu,tempat ini pasti kami kunjungi lagi..kerana keindahannya belum habis kami terokai..smapai saatnya aku akan kembali....

SNORKLING SAMPAI LEBAM

HARI KEDUA DI PULAU MABUL

Seawal pagi kami bangun hanya untuk menunggu sang mentari memunculkan diri.rusgi kalau berada di pulau tetapi tidak menikmati sunrise..yang pasti permandangannya memang tidak mengecewakan.


mentari muncul

mentari makin menunjukkan sinarannya

terang bercahayalah bumi tuhan

wajah belum sarapan....lapar weh

kami bersarapan dan bersiap untuk menjelajah pulau ini...setiap masa yang ada mesti dimanfaatkan sbab petang nanti kami akan berangkat balik sudah...so apa tunggu lagi..jom kita explore apa yang ada di mabul ni...

Kami juga membuat keputusan untuk tidak snorkling di Kapalai kerna masa tidak mengizinkan..hanya snorkling di pulau mabul sahaja..ini kerana pada jam 2.00 ptg kami harus balik..kakak nora akan bergerak balik ke lahad datu sebelum hari malam.



Perkampungan Bajau



kami bertiga ..yang kepala gila - gila
 Masa untuk snorkling smpai lebam dan sampai hitam












kami juga sempat merayau di perkampungan bajau berhampiran..serta melihat resort yang berdekatan






salah satu resort yang terkenal



 jom kembali ke pangkal jalan..sudah seharian kita dilautan..masa untuk pulang ke daratan

 sebelum tu jangan lupa kita lunch dulu yea...dan semestinya xtvt foto2 juga mestilah wajib.



Pemandangan Chalet tempat kami menginap

Berselera aisya makan

Sedap,,sebab ikannya fresh...











MABUL YANG TAKKAN PERNAH JEMU (25-27 APRIL 2014)

Kunjungan ke Tawau dan Mabul kali ini adalah bersama bonda tersayang..ini adalah untuk menziarahi adik bongsu yang tinggal di Semporna kerana mengikut suaminya yang bekerja di semporna.
Tiket flight yang dibeli sekitar RM158 pegi balik amatlah murah..namun kebangkatan kami adalah melalui aiport Senai iaitu di Johor Bharu.Oleh kerana waktu berangkat adalah jam 10.40 pg maka kami telah menaiki bas pada malam sebelumnya dari bandar kuala Terengganu.

Sekitar jam 1.00 ptg kami selamat mendarat di aiport Tawau.ketibaan kami telah disambut oleh adik dan suaminya.Perjalanan dari  Tawau ke Semporna mengambil masa sekitar 2jam.singgah di pertengahan jalan untuk solat.Sesampai di pekan Semporna kami terus mencari kedai untuk makan tengahari..

Kebetulan di semporna sedang berlansungnya Pesta Lepa- Lepa..atau bot berhias.Jalan di sekitar semporna agak sibuk dan dipenuhi masyrakat luar serta pelancong asing

signboard yang meyambut kedatangan kami

Hari pertama di semporna kami hanya berehat dan melihat kawasan sekitar sahaja..oleh kerana cuaca yang agak panas.ibu dan ceksu telah diserang demam...so berehat kat rumah jelah

Namun kakak angkat ku dari Lahad Datu serta adiknya Noraisya telah datang utk berjumpa di semporna.Mereka memandu kereta sendiri dengan menumpuhi perjalanan hampir 3jam.
Pertemuan ini kami manfaatkan dengan mengambil keputusan untuk pergi ke pulau Mabul.Pakej masuk pulau secara ad- hac dicari...nasiblah ada wlaupu sewaktu pesta lepa - lepa berlansung..

Inilah Pesta Lepa - Lepa yang berlansung setiap tahun di Semporna


Hasrat kami untuk masuk ke pulau Mabul petang itu berjaya.kami menempah pakej dengan 
Sipadan Dive Centre.Kos yang dikenakan RM220 pax utk penginapan bilik truple..bot pegi dan balik..snorkling serta 3 kali mkn iaitu..mkn mlm,pagi dan tengahri...

Kami bergerak dari jetty semporna sekitar jam5.30 ptg... smpai di Pulau Mabul..hari dah malam..mereka yang pegi diving dah snorkling pun dah pulang utk mkan malam


saat ketibaan di Pulau Mabul...dah nak malam..matahari pun dah berlabuh


Dihidangkan dengan welcome drink.smbil mengisi borang utk aktiviti snorkling hari esok

kusyuk Aisya mengisi biodata dirinya