27 Januari 2013

Langkawi With My Love

TRIP LANGKAWI 17-19 JAN 2013

Sebenarnya trip kali ini lebih istimewa..walaupun ini kali ke5 menjejak kaki ke Pulau Lagenda ini dalam tempoh 3 tahun.namun kedatangan ini adalah menunaikan hasrat seorang anak untuk BONDA..iaitu ibuku
mengenal tempat pelancongan ini.
Gua telah lama berniat utk mmbawa cek datang ke Langkawi kerana disini surga membeli belah bagi kaum ibu atau wanita..Tahun lepas hampir2 dtg brsama BONDA tetapi trpaksa membatalkan kerana bimbang bertembung dengan tarikh panggilan menunaikan ibadah Haji..Walaupun hasrat cek nak pegi mekah tahun lepas belum tercapai namun..doa dan harapan kami pada tahun ini lebih besar..Insyaallah diMakbul  ALLah.
Berbalik pd trip langkawi..Kami pergi seramai 4 org iaitu empunya blog,emak,adik bongsu dan seorang anak saudara yang dipanggil angah.Aku mengajak angah utk turut serta sebagai hadiah kerana rajin membantu tatkala majlis Tahlil arwah bapa baru- baru ini.
Kami pergi menaiki bus sahaja kerana gua tidak berani memandu sendiri tambahan melalui highway Grik yang agak menyeramkan dengan selekoh yang banyak.Dari bandar Permaisuri, tepat jam 11.00  mlm dengan menaiki bus Shamisha Holiday..bergerak menuju ke Kuala Perlis..

Ikuti perjalanan Percutian kami:

cek,angah dan ceksu..gambar dalam feri










Kami tiba di Kuala Perlis pada jam 6.30 pagi.setelah menunaikan apa yang patut..kami bersarapan di kedai berhadapan jeti kuala Perlis.Tiket feri telahku beli sejurus smpai tadi iaitu pd jam 9.30 pagi.Oleh kerana kesemua mereka adalah pengalaman pertama menaiki feri.aku telah membekalkan ubat mabuk laut yang harus dimakan setengah jam sebelum Alhamdulillah perjalann yg memakan masa hampir sejam. kami selamat sampai di Pekan Kuah tanpa ada siapapun yang mabuk or muntah...Memang gua tidak suka memngambil pakej wlaupun bercuti bersama kuarga.konsep yang aku amalkan ialah cuba dan redah..Macam biasalah smpai sahaja di terminal.Kami di kerumuni agen2 pelancongan yg beria2 menawarkan pakej mereka.Guaberlagak seolah 2 telah menempah semua.hinggalah dtg seorang brader yang menawarkan pakej sewa kereta...mendengar harga tawaran yang agak munasabah..trus gua bersetuju.Kami menyewa kereta kompak QnQ versi cherry.Walaupun asalnya nak sewa keta VIVA namun bila ditunjukkan gmbr keta Q nQ yg lebih kurang aje ..persetujuan dicapai iaitu RM150 + RM50deposit selama 3hr..berbaloilah kan....

Inilah keta Q n Q



Kami menginap di Cossy Inn.iaitu Hotel Budget yang terletak Di Pekan Rabu..Suasana Bilik yang simple dan cantik membuat kami amat berpuashati.Kos untu 4org  semalaman ialah RM 120..untungkan bila jalan2 musim low season.semua jimat..Insyaallah klau dtg lagi ke Pulau lagenda..hotel ni masih menjadi pilihanKedudukan yang strategik iaitu berhampiran dengan kedai makan, dekat dengan pekan Kuah serta mudah untuk ke Jetty



XTVT Hari Pertama
12.00. Check inn Hotel (lepas lelap mata sekejap,bersih diri dan solat

2.00ptg:.ke Makam Mahsuri(kami makan tengahari di kedai berhadapan dengan makam mahsuri.gerai biasa je, makanan pun murah)

4.30.Balik rehat ke hotel dan berehat

5.00ptg.Keluar mencari makan malam di Pekan Rabu.terdapat stall yang luas berhadapan De Baron Resort.Hajat hati nak pekena laksa tapi stall yang kami duduk tidak menyediakan laksa.hanya ada nasi lemak dan masakan panas. so apalagi kami pun makan nasi lemak 50 sen..sedap gak tau


lepas makan tu kami layan sunset kat belakang tanjung tu..cantik gak view,,tak caya cuba lihat ni....
 

gua sedaya upaya cuba menggunakkan masa yang ada dengan sebaiknya.
Pada malam plak..bw mak dan semuanya jalan2 kat pasar malam dan suvey harga barang kat Ismail Group.Memang seronok lihat gelagat mak..yang asyik geram dengan barangan dapur yang terdapat di  Ismail Group seperti set Pinggan Mangkuk dan coklat yang murah - murah..sabar dulu yea..simpan dulu duitnya...mlm ni kita cuci mata je..esok dan lusa masih ada..Tapi mak gua awal 2 dah aim set koserol..camano tu...

Hari Kedua..


Xtvt harini akan lebih padat.Misi untuk menjelajah semua tmpat yg terkenal..
kul 7.30 pagi semua dah siap dan tggu tuk kuar sarapan. Oleh kerana perancangan hari untuk berjlan jauh maka kami telah bersarpan dengan menu yng berat iaitu nasi berlauk.Gua bawa diorang srpan kat Food Court kat pekan Kuah yng dekat My Hotel tu...mmg mkn kenyang le.Kami pilih gerai yng hujung sebab tgk ramai org..alhamdulillah..semua menyelerakan.harga pun tak mahal..sangat rekomen.Mula- mula kami singgah kat view point..tempat cam menara yang dpat melihat pemandangan di sekitar.kat atas ni kita boleh lihat Lapangan Terbang langkawi serta bukit bukau dan tasik yang terbentang..
sangat mendamaikan dengan angin sepoi -sepoi serta pemandangan yang cantik.mendamaikan jiwa.kami hanya singgah sekejap untuk mengambil gambar. Setelah berpuasahati kami pun turun dan meneruskan perjalanan ke Oriental village dan Cable Car.

Gua parking kereta di Oriental Village iaitu Aras B untuk lebih senang.parking pun banyak yang kosong..kami pusing sekitar sebelum menuju ke kaunter Cable Car. seronok memberi ikan makan..sambil rehat di bangku disediakn.acara posing juga tak kurang hebatnya.
Di Kaunter tiket cable car kami dimaklum.operasi ditutup buat sementara kerana anging kencang yang bertiup.Ini amat merbahaya utuk sampai ke gunung Mat Cincang.walaupun keciwa namun kami tetap seronok dengan bersantai sambil memakan aiskrim.maklumlah cuaca panas terik.mak gua pun turut sama layan aiskrim..hehehe..bukan selalu wooo.

Perjalanan dan penjelajahan kami teruskan ...Singah di Beras Terbakar..kebetulan hari jumaat, so org x ramai.Kami singgah  melihat tempat yang dikatakan beras terbakar



Lps dah round kat sini.kami singgah kat gerai yang jual kain baju...memborong plak blous kat sini.seorang rembat 2helai sorang.murah - murah je baju blous sini .harga dlm linkungan Rm 20- 30 ..Mak gua bli blous dan kain batik yg murah gak iaitu RM 12.00 sehelai.lepas dah penat shopping 















kami singgah makan laksa dan pekena cendol..marvelous...Cuba lihat gambr ini...
Kami singgah masjid kg  yang terletak di belakang pasar kat beras terbakar untuk solat zohor..alhamdulillah....selesai tanggjawab.nak jenjalan pun tak rasa ralat .Sesi Penjelahan Pulau Lagenda di teruskan lagi, kami singgah lepak kat pantai belakang Airport...tempat yang tekenal dengan Rojak dan Laksa..Masa kami smpai stall yng jual makanan ni tak banyak,,ada dua tiga je yang dah buka, nak makan tp perut masih kenyang..so kami makan angin jelah..sambil santai - santai.
 Mengantuk mata terbuai dek angin laut...maka gua ajak diorang tuk jenjalan kat Pantai Cenang..untuk pegi Underwater World.Sblm tu kami singgah kat Awana Porto Malai.saje bw mak gua lihat hotel yg pernah gua datang masa Konvensyen KIK  dulu...Sangat padat xtvt hari kedua kami kan..tapi sebab trip sendr..so semua enjoy..

XTVT HARI KETIGA( lastday di Langkawi)

Pagi ni kami sarapan kat kedai mamak je.sebelah hotel yang kami menginap.semua order roti canai..urmmm bolehlah kan...kalau ikut agenda..tak byk tempat dah yang kami nak pegi..sebab plan nak sambung shopping yang masih tak abis dari semalam..Memandangkan hari masih awal..Idaman Suri pun blum buka..gua ajak diorang pg kat kilang minyak gamat iaitu kat Kilang Sireh Lagenda.dah datang sinikan msti tak sah kalau tak bli minyak gamat..harga memang jauh lebih murah dari pasaran..selain dapat membeli produk kami juga berpeluang melihat proses pembuatan minyak gamat...gua try celup tangan kat dalam kawah minyak ngah mendidih..memang superb..tak meletop ..cuma rasa suam,- suam je 
( aksi ini dilakukan bila diminta oleh kakak yang sedang mengacau minyak..testing katanya) 

Bila tgk jam pun masih awal..gua terus tekan minyak keta menuju ke pantai Tanjung Rhu..Pantai ni cantik...pasirnya memutih..ondaway jalan nak pegi Geo Kilim Park.Memang trip kali ni xde xtvt island Hoping bagai sbb diorang semua ni jenis xleh tahan naik bot.Plan asal mmg nak bw pg Tasik Dayang Bunting..tp mak gua mmg xnak...so kami lepak sambil makn goreng pisang kat pantai tanjung Rhu ni...Lps itu kami terus pegi Shopping kat Idaman Suri..disebabkan kami datang low season..org pun tak ramai sgt.mak gua dah rambang mata.last memborong gaklah set gelas dan bekas lauk...berat gak bw you...nak masuk bonet Qn Q pun tak muat..tpksa latak kat ruang penumpang..ending kat sini jelah ye..

Apa yang boleh di Share
harga ferri: RM 18.00
harga tiket masuk makam mahsuri Rm 7 seorang
harga tiket Underwater World RM 28 dewasa RM 18.00 kanak2
harga sebuah bot island Hopping; kami di offer Rm 170 sebuah bot..



   
       Jomlah kita layan gambar...panorama di Langkawi...


3 ulasan:

  1. Oh cosy inn tu nampak sangat cantik dan selesa! bolehla try nnti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang selesa..hotel ni budget je tp design boutique..lokasi pun strategik..

      Padam