27 Januari 2013

Langkawi With My Love

TRIP LANGKAWI 17-19 JAN 2013

Sebenarnya trip kali ini lebih istimewa..walaupun ini kali ke5 menjejak kaki ke Pulau Lagenda ini dalam tempoh 3 tahun.namun kedatangan ini adalah menunaikan hasrat seorang anak untuk BONDA..iaitu ibuku
mengenal tempat pelancongan ini.
Gua telah lama berniat utk mmbawa cek datang ke Langkawi kerana disini surga membeli belah bagi kaum ibu atau wanita..Tahun lepas hampir2 dtg brsama BONDA tetapi trpaksa membatalkan kerana bimbang bertembung dengan tarikh panggilan menunaikan ibadah Haji..Walaupun hasrat cek nak pegi mekah tahun lepas belum tercapai namun..doa dan harapan kami pada tahun ini lebih besar..Insyaallah diMakbul  ALLah.
Berbalik pd trip langkawi..Kami pergi seramai 4 org iaitu empunya blog,emak,adik bongsu dan seorang anak saudara yang dipanggil angah.Aku mengajak angah utk turut serta sebagai hadiah kerana rajin membantu tatkala majlis Tahlil arwah bapa baru- baru ini.
Kami pergi menaiki bus sahaja kerana gua tidak berani memandu sendiri tambahan melalui highway Grik yang agak menyeramkan dengan selekoh yang banyak.Dari bandar Permaisuri, tepat jam 11.00  mlm dengan menaiki bus Shamisha Holiday..bergerak menuju ke Kuala Perlis..

Ikuti perjalanan Percutian kami:

cek,angah dan ceksu..gambar dalam feri










Kami tiba di Kuala Perlis pada jam 6.30 pagi.setelah menunaikan apa yang patut..kami bersarapan di kedai berhadapan jeti kuala Perlis.Tiket feri telahku beli sejurus smpai tadi iaitu pd jam 9.30 pagi.Oleh kerana kesemua mereka adalah pengalaman pertama menaiki feri.aku telah membekalkan ubat mabuk laut yang harus dimakan setengah jam sebelum Alhamdulillah perjalann yg memakan masa hampir sejam. kami selamat sampai di Pekan Kuah tanpa ada siapapun yang mabuk or muntah...Memang gua tidak suka memngambil pakej wlaupun bercuti bersama kuarga.konsep yang aku amalkan ialah cuba dan redah..Macam biasalah smpai sahaja di terminal.Kami di kerumuni agen2 pelancongan yg beria2 menawarkan pakej mereka.Guaberlagak seolah 2 telah menempah semua.hinggalah dtg seorang brader yang menawarkan pakej sewa kereta...mendengar harga tawaran yang agak munasabah..trus gua bersetuju.Kami menyewa kereta kompak QnQ versi cherry.Walaupun asalnya nak sewa keta VIVA namun bila ditunjukkan gmbr keta Q nQ yg lebih kurang aje ..persetujuan dicapai iaitu RM150 + RM50deposit selama 3hr..berbaloilah kan....

Inilah keta Q n Q



Kami menginap di Cossy Inn.iaitu Hotel Budget yang terletak Di Pekan Rabu..Suasana Bilik yang simple dan cantik membuat kami amat berpuashati.Kos untu 4org  semalaman ialah RM 120..untungkan bila jalan2 musim low season.semua jimat..Insyaallah klau dtg lagi ke Pulau lagenda..hotel ni masih menjadi pilihanKedudukan yang strategik iaitu berhampiran dengan kedai makan, dekat dengan pekan Kuah serta mudah untuk ke Jetty