19 Ogos 2013

TRIP BOHEY DULANG PART 1

TANPA KEBERANIAN MIMPI TAKKAN JADI KENYATAAN

Mencabar Keberanian..aku keseorangan
dengan tekad untuk menakluki Bohey Dulang
5-7 july minggu terakhir sebelum Ramadan 
Tiket A.Asia KL- Semporna berharga rm 178

  oleh kerana trip ni sensorang so kos utk ke semporna lebih skit sbb naik teksi sahaja  rm90..asalanya nak naik bas tp hari tu perkhidmatan bas xde.maklumlah baru reda kes pencerobohan di Lahad Datu..perkhidmatan bas  hanya  untuk masa tertentu sahaja.Oleh kerana trip ini adalah untuk menjelajah Bohey Dulang..so gua tak masuk mabul..hanya mencari penginapan di bandar Semporna..

Trip ini hanya trip redah dan berserah..semua preparation last minute..tidak ada membuat tempahan untuk penginapan mahupun pakej bohey island Hoping..

Oleh kerana Flight hampir sejam..flight yang sepatutnya kul 1 di Tawaua..maka hanpir jam 3 ptg baru selamat smpai di Pekan semporna..trus mencari budget hotel...Asalanya nak stay kat floating resort iaitu Dragon Inn..tp yang ada semua bilik yg mahal2...so ubah plan cr hotel murah yang bawah rm100..
Inilah Penginapan wa sepanjang 3h 2 mlam di Semporna (rm90)




 Di Hotel Sipadan Inn ini.sesuai kerana kedai makan dan jetti berdekatan..bilik juga selesa dan luas.
Suasana dalam Sipadan Inn..bersih luas dan selesa..puashati


selesai urusan hotel..perut meminta makanan..so  jalan2 cari makanan di restoren berhampiran jetti..mi hailam yang diorder amat menyelerakan..selepas tu trus men...usha kwsan sekeliling






Jetti Semporna..tempat laluan ke Pulau- Pulau


hari pertama..tiada xtvt yang menarik..selesai menjelajah pekan Semporna..wa lepak bilik..rehatkan dr untuk aktiviti keesokkan harinya


So sebelum melelapkan masa..gigih menseaching pakej ke Bohey Dulang..dalam byk  contact terdapat 2 yang menarik dan berpatutan.akhirnya dapat private pakej iaitu dengan saudara abdulan bahulan..Pakej rm300 untuk sehari pejalanan ke 3 buah Pulau iaitu Bohey Dulang, Maiga.Sibuan..

ermmm...tak sabar nak tggu esok...demi misi yang diimpikan...

18 Ogos 2013

FBC TIOMAN PART1



 Perkenalan Dalam MBC (Malaysia Bacpacker)
Tanpa diduga..kmi bertemu di Jetty  Mersing
Hanya untuk Ukhwah yang berterusan..
Cuti gila2 di Tioman cukup memberi kenangan bermakna

adhoc trip 8-9 june 2013








Hanya berkenalan dialam Maya..Di P.Tioman bersua Muka..tp Ukwah yg terbina seolah sekian lama..

Pemandangan Resort yang terdapat di Salang

Sepanjang Percutian 2H satu malam ni..kami memilih untuk menginap di Resort Salang sayang..


Bersama Hasnizar Di depan chalet kami


Sudah menjadi kemestian..klau datang pulau.snorkling merupakan xtvt wajib bagi yang tak diving..adinda puteri telah menempah pakej snorkilng dengan pakcik Terry..



Inilah pakcik Terry bersama bot kesayanganya








 Pakej yang ditawarkan....


restoren yg terdapat di salang


dari jetty riang kami menujuTambah kapsyen
bersusun gak orang  dr jetti yang bercuti menuju ke resort ..maklumlah hari minggu
Setelah sampai chalet dan menukar pakaian kami trus pg snorkling...



Dalam air pun nak posing
Pulau Tioman memang cantik..pantai yang membiru airnya..jernih memukau pandangan mata..kami dibawa beberapa point yg cantik utk snorkling..

jom kita layan keindahan pulau Tioman yang hanya melalui gambar sudah mampu menterjemahknnya...betapa ciptaan Ilahi itu ckup sempurna dan indah jika kita menghayatinya...


senja di tioman

air yang membiru..seakan menikam kalbu

tempat kami snorkling..Subhanallah..cantik pantai dan airnya



xtvt budak2 tp sesekali org tua lepas giant boleh gak..hehehe



Senja yang mendamiakn..rindu akan ketenangan


dalam buaian seakan diri dia wangan

beramah mesra dgn salah seorang pelancong Eropah..tertarik dengan style rambutnya

sign board ...tidak melepaskan peluang untuk dirakam kenangan


Pohon yior yang melambai...ckup menagasyikkan


Pemandangan pantai yang meruntunm jiwa..indah penuh pesona


mengaabadikan potret dirakam di jetti Salang..seblum p.Tioman Kami tinggalkan

wajah seorang  bacpacker...mencuba untuk mengembara..
Sekian dulu catatan hamba..episod kembara bersama Geng Bacpacker
Moga ukhwah kita..akan tetap kekal selamanya



16 Julai 2013

MEMBAHAGIAKAN MEREKA JUGA KEBAHAGIAN KITA

RIANG RIA CNY 2013

Sempena cuti Tahun Baru Cina..memang dah lumrah..adik beradik gua yang diperantauan akan pulang..yelah..cuti panjang..inilah masanya nak jenguk kuarga dan ibu- bapa.
Adik gua iaitu Alang.awal - awal lagi dah bagtau dia sekuarga akan pulang..Kami dah plan nak tdo mana- mana chalet or resort , pastu nak buat xtvt mcm main2,BBQ serta sesi sembang sampai cerah..
Gua telah diberi amanah untuk mencari port yang best..bleh santai..maklumlah anak buah ramai iaitu hampir 20 orang.


PIKNIK 1( ANGGULIA RESORT)
Gua telah memilih Anggulia Beach Resort sebagai tempat Gathering kami...2buah rumah ditempah dengan harga RM350.ckuplah untuk kami.sebuah rumah memuat 7 katil.agak luas biliknya namun bilik air agak uzur..namun mmandangjkan bilik ini hanya tempat kami berlindung seketika..jadi tak kisah sgt.

Maka hari yang di ttggu pun tba..walaupun taidak semua 8 adik - beradik gua yang dapat ikut serta namun pertemuan kami sangat mengembirakan. Jadi kita bergumbira  shaja..Lihatlah keseronokan kami bersma keluarga
Tempat makan dan memasak yang disediakan.amat selesa dan luas



Operasi membersihkan ...udang, ikan dan sbg untuk BBQ..fresh..beli kat Jeti Marang




Sesi makan - makan



Inilah wajah - wajah kesayangan gua..anak saudara.



Ketam Fresh ni..tangkap di Pantai Chalet kami tinggal






Wajah Bonda kesayangan kami..sejuk mata memandang



Syok main pasir ooo....inilah xtvt  diorang kalau  pegi pantai

Semoga aktiviti cuti - cuti riang ria bersama keluarga ini dapat diteruskan selalu.Semenjak pemergian arwah ayah..kami adik beradik selalu mencari masa dan ruang untuk mendekat siaraturahim dan ikatan kekeluargaan lebih utuh.


18 Jun 2013

SEPI MENANTI ILHAM





Sekian lama menyepi..tergerak untuk menyambung kembali blog ini..

kekadang mood yang ada tidak mengizinkan.Dugaan dan ujian silih berganti

namun harus senantiasa positifkn dr..selagi bernyawa..hdup mesti dtruskan

Insyaallah jalannya sentiasa ada.....


Nantikan Catatan  percutian ke Pulau Tioman bersma Geng Female Backpacker (FBC)



17 Jun 2013

Bukittinggi -Padang Part3



LASTDAY IN BUKITTINGGI DAN PADANG

Flight balik kami ialah pada jam 2.25 ptg.Walaupun dah chek in awal..tetapi kami perlu smapai awl ke airport untuk urusan bagasi.mana tidaknya..kalau waktu datang semua hanya bw beg taravel tanpa lugage tapi waktu nak balik semua beranak pinak..sampai ada yang dah jd 3 beg.


Seawal jam 8.oopagi selepas srapan nasi Goreng di hotel, kami meninggalkan Bukittinggi.Sesi bergambar di depan hotel bermula untuk kenangan..



Dalam perjalanan kami diberitahu, oleh kerana masih awal..beberapa tempat lagi boleh kami singgah . Kami bersetuju asalkan sampai di Airport jam 12.00tgh.ini kerana kami tidak mahu tergesa- gesa dan mengelakkan apa- apa kecemasan yang berlaku.pak henry memberi jaminan.dan kami akan singgah untuk makan tengahari juga.

Hentian Pertama kami ialah kat Kedai Bika Talago ini atau disebut juga "Roti Neraka" .Makanan tradisional masyarakat Minang..macam kuih Bika..tepung yang dicampur dengan kelapa muda, lepastu dibakar. apa yang hebatnya..semua pekerja adalah anak muda lelaki, berbeza dengan suasana di tempat kita.kalau membuat kuih biasanya oleh perempuan yang biasa macam makcik - makcik.



Kuih Roti Neraka


Proses pembakaran Roti Neraka


Hentian Kedua ialah kekawasan yang mengusahakan tenunandan sulaman..kami dibawa ke Toko Pandai Sikek




Proses Menenun







Perjalanan diteruskan ke Padangpanjang untuk mengunjungi Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau.














Kami tidak berhenti lama disini..hanya gua sorang yang berminat nak masuk...makcik dan pakcik yang lain hanya menunggu di luar...inilah klau jalan -jalan dengan gua,,org lain taknak pun tp gua mmg berminat untuk segala bentuk tempat yang bersejarah..banyak maklumat yang boleh kita baca dan lihat didalam ini...jalan ngan orang muda skit...so mmg semua tmpat kena lenjan..alang- alang dah sampai. Mereka yang lain dah dapat hajat iaitu memborong kain sulam..tu sbab dah tak ghairah nak masuk sangat..



Perjalanan diteruskan lagi...kali ini kami singgah kat Air Terjun Lembah Anai..ini tempat memang terkenal..kata orang kalau kita basuh muka nnti awek muda...betul ke..tapi gua cuba gak basuh muka..tapi tgk muka sama je..hahaha..mmg dh berusia...







Persinggahan terekahir kami ialah Tempat makan...Masakan padang lagi..walaupun tak berapa kena dgn selera..tetapi kami makan ala- kadar  alas perut..

Alhamdulillah sesi Keberangkatan pulang kami ke Malaysia berjalan lancar walaupun berlaku beberapa adegan yang tidak sepatutnya.Hampir 4.30 ptg Pesawat selamat mendarat di LCCT...Tggu ye bumi Minang..tanahmu pasti ku jejaki lagi..