15 Mac 2015

DAY 2-HAJAT TAK KESAMPAIAN DI BROMO

Seawal jam 4 pagi saya dikejut oleh supir yang telah berjanji utk membawa ke penanjakan.
tanpa mandi , dalam kesejukan dan kedinginan cuaca di sini saya hanya membasuh muka dan mengosok gigi.Untuk melawan kesejukan ..baju tebal telah saya sewa dengan pihak hotel dgn bayaran rp50,000.Kelengkapan seperti topi dan glove dibeli sendiri.Dengan membawa bekalan roti dan air mineral...perjalanan diatur.saya tidak menyewa jeep tetapi hanya menempah motosikal atau ojek dengan bayaran rp100.000 .dikeheningan pagi..ojek yang dipandu rudy membawa saya dengan pantas...

Walaupun dihimpit kesejukan.namun pengalaman menaiki motosikal di awal pagi dengan melalui selekoh- selekoh tajam cukup mencabar..kemahiran diperlukan untuk mengawal motosikal dengan cekap melalui jalan yang berliku dan berhimpit dengan trak2 yang menderu menuju puncak.

Benar dikata..kita hanya mampu merancang..impian untuk melihat mentari di sini tidak kesampaian.sesampainya kami dipuncak.hujan turun dengan rintik yang semakin menunjukan lebatnya.baju hujan dibeli untuk mengelak dari terus kebasahan.

 usahkan mentari..puncak Datuk dan Bromo juga ditenggalami kabus...hanya rintik - rintik hujan yang kelihatan..ramai org kehampaan..menapak turun ke jalan pulang



 Saya juga turun dengan kelesuan.dengan harapan yang dihancurkan.oleh titis air hujan
Ke pasir berbisik itulah tujuan.meredah hujan yang makin besar tompoknya..mengigil jua dalam kedinginan walau terselimut baju tebal..namun kesejukan ini masih merobeknya



Pasir berbisik pun tidak dpt mmbisikkan iramanya dek kerana bumi yang basah...saya juga membatalkan niat utk mendaki puncak bromo..kesejukan gara -gara baju yang sudah lencun kebasahan...


Lalu saya meminta Rudy menghantar saya pulang ke hotel..sblum jam 12 tghar saya sudah siap..untuk check out serta menuju ke destianasi seterusnya

14 Mac 2015

SANTAI SEBELUM MISI MENJEJAK SUNRISE DI BROMO

Perjalanan menuju probolinggo dan cemara lawang dimana letaknya gunung Bromo ini adalah dengan mendaki bukit dengan jalan yang penuh berliku.sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan view yang memukau.di sekitar lereng2 bukit kelihatan pokok ubi kentang dan daun bawang yang tumbuh subur



Di hotel inilah saya menginap dengan bayaran sekitar rm166 termasuk sarapan pagi buffet.harganya agak mahal kerana kedudukannya yang strategik dan pemandangan gunung Datuk yang dapat dilihat dihadapan hotel ini.


setelah smpai dan check in hotel...tibalah masa untuk explore kawasan yang sekitarnya





 Cuaca disini amatlah sejukk..entah berapa suhunya..nasibla ada bw  kot..tp hand glove tu sya beli kat kedai depan hotel je..walaupun dah petang tapi persekitaran dingin dan diselaputi kabus...



 Hari Pertama di disini ..saya hanya santai -santai kawasan sekitarnya...nak rehatkankan badan..esok pagi nak bangun awl gak.nak ttgu mentari tu...
so dinner pun order kat hotel je..harganya pun berpatutan.saya makan nasi berlaukkan ikan sweatsour



SURABAYA- MALANG - BROMO 2014


Tarikh berangkat 14-17 januari 2014.menaiki kapal terbang air asia..
waktu penerbangan 7.20 pagi dan sekitar 8.30 pagi waktu tempatan selamat sampai di aiport
Juanda Internasional Surabaya..

terus mencari supir yang telah di tempah awl2 dengan bayaran sekitar rp 500 termasuk petrol dan tol.
terus bergerak menuju ke destinasi utama iaitu Taman Nasional Bromo Tenger Semuru.Di maklumkan perjalanan mengambil masa skitar 2jam lebih dengan menggunakan highway.

Dalam perjalanan..singgah di Lumpur Lapindo..tempat sebuah perkampungan yang tenggalam dalam lumpur


banyak kisah sedih kesan tragedi ini...nasib rakyat marhein yang tak terbela...namun hanya mampu mendengar cerita mereka sambil bersyukur dengan nikmati yang kita ada..
setelah 2jam perjalanan.supi r iaitu pak hendra memberhentikan kereta di warung Kencur untuk makan tengahari
selesai semuanya..perjalanan di teruskan...ke Probolinggo

tempat di mana telah di tempah penginapan untuk malam ini iaitu di Bromo Permai 1
tujuan utama adalah untuk senang.tak perlu bangun awl sangat utk ke penannjakan




DESTINASI 2014

14-17 JAN 2014- SURABAYA
20-22 APRIL-CAMERON HIGLAND
25-28 APRIL- TAWAU @ SEMPORNA
15-17 MEI- PADANG DAN BUKITINGGI
6-8 JUN- JAKARTA BANDUNG
27-29 JUN -KUCHING SARAWAK
9-11 OKTOBER- KRABI DAN HATYAI
13-15 NOVEMBER - MIRI SARAWAK
27-30 NOVEMBER-MEDAN INDONESIA
 


10 Februari 2014

PEKANBARU RIAU


Assalamualaikum...hujung tahun yang padat

hampir setiap minggu terisi dengan jadual jalan- jalan

kali ini misi meneroka bumi Pekanbaru Indonesia bersama Bonda tersayang
Tiket last minute dibeli melalui Asiago beharga RM353 tiket kapalterbang dan hotel
untuk 2 orang ini agak murah...
dengan misi membawa bonda tersayang mengenal tanah serumpun
perjalanan kami ditruskan

tarikh perjalanan kami ialah pada 14-16 disember 2013


Perjalanan ke Pekanbaru hanya mengambil masa selama 45 minit..




lapangan tebang sultan syarif...pekan baru
bilik hotel
Hotel Amaris tempat kami menginap selama berada di pekan baru
Nasi kapau..menu tengahari kami











Jalan ke Mall Pekan Baru
ada pertunjukan  sesi  model dan motosikal sedang berlansung
Keindahan Masjid Annur....dikala malam

tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pekanbaru...bandarnya pun tidak besar
sepanjang 3h2 malam saya bersama emak di Pekan baru..aktiviti kami hanya di sekitar bandarnya sahaja.
Jom layan gambar...sepanjang kami di Pekan baru















Sedar tak sedar..dh masa nak balik malaysia..yang seronoknya..sepanjang disana..setiap kali makan mak sgt berselera...seronok hati bila tengok orang tua happy..boleh palak mak cakap seronok jalan2 kat indonesia..Siap pesan..jangan lupa bawa lagi....so...kena gigih menabung..sebab nak buat trip family plak...insyaallah tahun 2014 akan menjadikan tahun terbaik ....

26 Januari 2014

JEJAK TRAVEL 2013

SENARAI PENUH TEMPAT YANG SEMPAT JEJAK 2013

4-6 JAN: KRABI


17-19JAN: LANGKAWI

31-2FEB: KOTA KINABALU 

10-11 FEB:PIKNIK DI ANGGULIA RESORT


21-23 FEB: PADANG & BUKITTINGGI (KWN2 OPIS)

13-16 MAC: PADANG & BUKITTINGGI (SEORANG)

5-7 APRIL : KUCHING (FLIGHT MALINDO)

10-11 MEI: WAKAF CHE YEH

16-19 MEI : PADANG & BUKITTINGGI ( KAK IDA DAN FAMILY)


8-9 JUNE : PULAU TIOMAN


22-23 JUN : JOHOR BHARU (KONOI KAHWIN)






5-7 JULAI : TAWAU (BOHEY DULANG) 


25-27 JULAI : KUCHING (BLN PUASA)

31 OGOS: PENANG (JALAN2 CARI MAKAN)


6-7 SEPT: PULAU PERHENTIAN


13-16 SEPT : MEDAN ( BERSAMA NOR DAN SITI NORAINI)


31 OKT: KENYIR


28 OKT : MEDAN (K.AYA DAN KELUARGA)

1-3 NOV: SANDAKAN


12-14 DIS: PEKAN BARU

24-25 DIS ; KEDAH


TAHUN 2013 MEMANG PULUN JALAN2..TU YANG XTVT SENDIRI..BLUM MASUK PROGRAM OPIS..YANG ENTAH BRAPE KALI KE KL, PENANG DAN KAUNTAN ATAS SEBAB KURSUS

HARAP TAHUN 2014...LEBIH BANYAK PERJALANAN MENJELAJAH ALAM..MUNGKIN BERALIH KE XTVT LAMA IAITU HIKING, CAMPING ETC...

MOGA SINAR SURIA TERANG SELAMANYA